Pelancongan Pendidikan Suatu Tinjauan Konseptual dan

Pelancongan Pendidikan Suatu Tinjauan Konseptual Dan-PDF Download

  • Date:26 Jan 2020
  • Views:35
  • Downloads:0
  • Pages:10
  • Size:403.39 KB

Share Pdf : Pelancongan Pendidikan Suatu Tinjauan Konseptual Dan

Download and Preview : Pelancongan Pendidikan Suatu Tinjauan Konseptual Dan


Report CopyRight/DMCA Form For : Pelancongan Pendidikan Suatu Tinjauan Konseptual Dan


Transcription:

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 39. Smith dan Jenner 1997 menegaskan bahawa sangat sedikit kajian yang telah dilakukan berkaitan. sektor ini kerana ia tidak dilihat sebagai suatu jaminan Namun kerana terdapatnya sebilangan kecil. kajian telah dilakukan maka industri ini tidak menyedari saiz sebenar daripada segmen tersebut. Roppolo 1996 bersetuju bahawa ada banyak daerah belum diteliti secara empirikal mengenai. hubungan antara pendidikan dan pelancongan, Pelancongan pendidikan di Malaysia semakin popular dan mula mendapat perhatian daripada. para pelajar antarabangsa Ia dapat dilihat melalui peningkatan bilangan pelajar asing yang. menyambung pengajian di pelbagai institut pengajian tinggi di negara ini Pelancongan pendidikan. adalah sub sektor pelancongan yang berasaskan tarikan program pendidikan dan latihan seperti kursus. kemahiran lawatan sambil belajar dan sebagainya Di Malaysia pendidikan bertujuan melahirkan. individu yang holistik dan bersepadu dari segi intelektual spiritual emosi dan fizikal Pihak kerajaan. berusaha untuk memastikan pendidikan bertaraf dunia dapat disediakan di negara ini Para pelajar dari. seluruh dunia datang ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran mereka Ini telah menjadikan Malaysia. terkenal sebagai pusat kecemerlangan ilmu peringkat antarabangsa Pelancongan pendidikan adalah. suatu usaha mempromosikan Malaysia di mata dunia Para pelajar yang telah menamatkan pengajian. mungkin akan kembali ke Malaysia bersama sama rakan rakan mereka untuk melawat negara ini. seterusnya menyumbang kepada tukaran wang asing negara Sim 2007. SEJARAH AWAL PELANCONGAN PENDIDIKAN, Pelancongan pendidikan dalam konteks perjalanan untuk belajar dan pendidikan bukanlah suatu konsep. yang baru Perjalanan dalam pencarian kelayakan akademik atau belajar secara umum dan pemerhatian. telah bermula sejak beberapa abad yang lalu Smith dan Jenner 1997 menegaskan bahawa. pelancongan memperluaskan fikiran dan dengan itu berpendapat bahawa semua pelancongan boleh. dianggap sebagai pendidikan Namun begitu mereka menjelaskan bahawa konsep perjalanan untuk. pendidikan dan pembelajaran adalah bidang yang luas dan rumit Ini menjelaskan mengapa ahli. akademik dan industri pelancongan mengabaikan bidang ini untuk suatu tempoh yang panjang Grand. tour dianggap sebagai pelancongan budaya dan pendidikan Pada awalnya ia dilakukan oleh para. sarjana dan pemuda Inggeris aristokratis sebagai sebahagian daripada pendidikan mereka dalam abad. ke 17 ke 18 dan abad ke 19 French et al 2000 CTC 2001 Tujuan grand tour adalah untuk. mengajar dan membudayakan peserta melalui beberapa siri kajian yang berlangsung hingga beberapa. tahun di bandar Eropah seperti di Perancis Switzerland dan Jerman Peserta diajar bahasa asing seni. bermain pedang berkuda menari dan urusan luar negeri Mengunjungi universiti kontinental dan. bangsawan yang lain disertai dengan rombongan pembimbing dan pelayan adalah perkara yang biasa. ketika itu terutamanya untuk muncul sebagai sarjana Bahasa Inggeris Hibert 1987 mencatatkan. bahawa terdapat beberapa sarjana bahasa Inggeris yang tidak pergi ke Itali untuk beberapa bahagian. dari pendidikan mereka Dalam kenyataannya ulama adalah salah seorang daripada kumpulan pertama. pelancong Kaul 1985 dalam Theobold 1998 pula mencatatkan orang Inggeris orang Jerman dan. lain lain yang pergi ke benua grand tour kemudian dikenali sebagai pelancong. Towner 1996 menjelaskan bahawa perjalanan awal untuk pendidikan dan pembelajaran sama. ada secara formal atau informal adalah bergantung kepada motivasi individu dan jenis pengalaman. yang diperolehi Pola ruang grand tour melalui dua tahap iaitu pencarian untuk pengambilalihan. latihan praktikal secara formal serta kemahiran sosial di pusat pendidikan khas untuk pendidikan sosial. dan budaya yang formal dan terbaik dari mahkamah utama dan pusat artsistik sosial di Eropah Namun. kos melakukan grand tour dalam sejarah hari ini tidak ekonomik Walau bagaimanapun aktiviti. berpindah dari semasa ke semasa hanyalah kegiatan golongan atasan iaitu golongan elit dan kaya. diikuti kelas pertengahan kemudian kelas yang lebih rendah dalam pasaran massa Gee et al 1997. Seterusnya kesempitan waktu dan kewangan yang dialami oleh kelas pertengahan dan kelas rendah. memaksa mereka memendekkan perjalanan mereka Oleh itu aktiviti dan tujuan mereka semakin. terhad menyebabkan peningkatan perjalanan yang lebih umum Steinecke 1993 Pada pertengahan. abad ke 18 dianggarkan 15 000 hingga 20 000 orang Inggeris melancong ke luar negeri Towner. 1996 Destinasi tujuan elit diubah untuk mengelakkan pasaran massa sehingga minat dan lawatan ke. daerah Alpine meningkat Fasa terakhir grand tour pada abad ke 18 dan awal abad ke 19 menyumbang. kepada penemuan Alp sehingga minat sains meningkat kepada isu isu pergunungan Peningkatan. perjalanan ke pergunungan Alp untuk tujuan pendidikan telah menghasilkan penemuan mineralogi. geologi dan geomorfologi yang disampaikan kepada masyarakat melalui ceramah dan penerbitan jurnal. sains Steinecke 1993, Menurut Burkart dan Medlik 1981 sebagai lanjutan dari perjalanan awal untuk pendidikan. dan pembelajaran perjalanan seterusnya adalah untuk memuaskan rasa ingin tahu pengembara tentang. 40 Ruzanna Syamimi Ramli Jabil Mapjabil Ahmad Tharmizzie Mat Jusoh New Gaik Ling. cara hidup di tempat orang atau luar negeri Pada abad seterusnya nilai tradisi perjalanan pendidikan. memudahkan pembangunan pembelajaran di luar negeri sebagai komponen wajib dalam pendidikan. tinggi di Eropah dan Amerika Syarikat Kalinowski Weiler 1992 Pendidikan dan pembelajaran. menjadi komponen penting dalam kegiatan perjalanan dan pengalaman perjalanan dengan peningkatan. jumlah aktiviti pelancongan yang melibatkan pendidikan sama ada formal atau informal CTC 2001. Untuk itu beberapa kajian telah dilakukan berkaitan dengan pelancongan pendidikan dan hubungan. antara pelancongan dengan pembelajaran atau pendidikan serta pelbagai segmen pasaran pelancongan. pendidikan,KONSEP DAN TAKRIF PELANCONGAN PENDIDIKAN. Pelancong pendidikan ialah orang yang berada jauh dari bandar atau negara asal mereka dalam tempoh. semalaman dengan tujuan pendidikan atau pembelajaran sama ada ia sebagai tujuan utama ataupun. sekunder tetapi ini masih dianggap cara penting untuk menggunakan masa lapang Seorang. excursionist atau pelancong pendidikan harian adalah orang yang terlibat dalam kegiatan pendidikan. atau pembelajaran atau lawatan yang tidak termasuk dalam tempoh 24 jam serta berada jauh daripada. kediaman mereka dan sesiapa sahaja yang melihat pendidikan atau pembelajaran sebagai cara penting. untuk mengisi waktu lapang Menurut Ritchie 2006 pelancongan pendidikan boleh ditakrifkan. sebagai kegiatan yang dilakukan oleh pelancong yang bercuti dalam tempoh semalaman dan mereka. yang melakukan perjalanan untuk pendidikan atau pembelajaran sebagai tujuan primer atau sekunder. mereka Hal ini merangkumi pelancongan pendidikan secara umum dan pelancongan pendidikan. dewasa universiti antarabangsa dan domestik dan pelancongan pelajar termasuklah sekolah bahasa. lawatan sekolah dan program pertukaran pelajar Pelancongan pendidikan boleh dilakukan secara bebas. atau formal dalam keadaan semula jadi atau buatan manusia Sebagai contoh pelajar pendidikan jarak. jauh yang datang dari Johor untuk belajar di USM dalam tempoh sebulan semasa cuti sekolah akhir. tahun Demikian juga sekumpulan pelajar Tingkatan Enam dari Kelantan yang datang ke Pulau. Langkawi untuk tujuan lawatan sambil belajar selama tiga hari dan pelajar USM yang dihantar ke salah. sebuah universiti di Jepun untuk program pertukaran pelajar dalam tempoh satu semester. Banyak takrifan lain yang dikemukakan berkenaan dengan pelancongan pendidikan oleh para. sarjana Pelancongan pendidikan ditakrifkan sebagai suatu program yang melibatkan sekumpulan. peserta yang membuat perjalanan ke sesuatu lokasi dengan bertujuan untuk membina pengalaman. secara terus Ia turut melibatkan aktiviti ekopelancongan pelancongan warisan pelancongan desa dan. pertanian serta program pertukaran pelajar Rodger 1998 Ankomah Larson 2000 Menurut. Fernandez 2003 dan Nurlinda 2004 pelancongan pendidikan adalah lawatan atau perjalanan yang. bertujuan bagi mendapatkan pengetahuan pengalaman pendidikan dan latihan melalui persepaduan. antara bahasa budaya aktiviti masa lapang dan minat yang berorientasikan kepada pendidikan Clive. 1995 dan Nurlinda 2004 menjelaskan bahawa program pelancongan pendidikan adalah dirangka. untuk memenuhi kehendak sekumpulan pelancong atau pengunjung di satu satu lokasi atau tempat. yang menarik Justeru itu program pendidikan hanya boleh memberikan ilmu pengetahuan dan. pengalaman mengenai destinasi dan lokasi pelancongan yang dilawati Miller dan Nurlinda 2004 pula. mengatakan bahawa pembelajaran pelancongan adalah satu bentuk pelancongan yang dapat memberi. pengalaman yang menghiburkan dan berbentuk pendidikan sama ada kepada pelawat atau pelajar. Pelancongan pendidikan boleh dibahagikan kepada dua iaitu pertama sebagai penawaran tempat. pembelajaran yang formal seperti penubuhan institusi pengajian tinggi dan kedua sebagai memberi. ilmu pengetahuan dan pendedahan secara tidak langsung kepada perkara yang berkaitan dalam aktiviti. pelancongan RAJAH 1 Dalam konteks ini ia dapat memberikan peluang kepada para remaja belia. atau pelajar untuk mengenali pelbagai tempat menarik yang terdapat di kawasan tarikan pelancongan. seperti tempat sejarah kebudayaan ekopelancongan dan sebagainya yang dapat memberikan. pengalaman dan pembelajaran kepada mereka Afandi Fikri 2007. KERANGKA TEORI PELANCONGAN PENDIDIKAN, Pelancongan pendidikan banyak dibincangkan oleh para sarjana seperti Kalinowski dan Weiler 1992.
serta Wood 2001 Namun mereka hanya membincangkan aspek pelancongan khususnya program. tambahan bagi orang dewasa atau lawatan belajar orang dewasa dan pelancongan pendidikan budaya. Suruhanjaya Pelancongan Kanada CTC 2001 menjelaskan bahawa pendidikan atau pembelajaran. membentuk pelancongan dan boleh diperhatikan sepanjang jarak kontinum daripada perkara umum. pembelajaran semasa pengembaraan dan berakhir kepada tujuan pembelajaran dan pengembaraan. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 41. RAJAH 2 Dalam hal ini program pelancongan boleh dilakukan secara formal atau informal. Daripada perbincangan ini jelaslah bahawa terdapat potensi dalam pelancongan pendidikan yang. menjadi lebih penting dalam peningkatan pendidikan Sebagai contoh ialah tourism first dalam. pelancongan pendidikan iaitu pelancongan adalah tujuan utama dan pendidikan menjadi faktor atau. tujuan kedua Manakala dalam education first merujuk kepada lawatan sekolah sekolah bahasa dan. universiti serta pengalaman pelajar kolej universiti RAJAH 3 Tujuan utama kumpulan ini ialah. pendidikan dan pembelajaran tetapi mungkin dikategorikan sebagai pelancong walaupun mereka tidak. merasa untuk menjadi pelancong atau jika pelancongan bukan tujuan utama Namun mereka. mempunyai impak pelancong dan implikasi pembangunan kawasan walaupun tujuan mereka mungkin. ke arah pendidikan, RAJAH 3 menunjukkan model yang menggambarkan sejumlah potensi segmen pasaran. pelancongan pendidikan dan hubungan di antara pendidikan pelancongan dan perubahan persekitaran. luaran Pelancongan pendidikan terdiri daripada, i Perjalanan umum untuk pendidikan edutourism dan pelancongan pendidikan dewasa iaitu. beberapa bentuk pendidikan atau pembelajaran adalah penting dan sebahagian daripada pengalaman. pelancongan Mereka akan menyebut toursim first sebagai pengalaman atau produk pelancongan. pendidikan, ii Pelajar universiti atau kolej dan pelancongan pelajar seperti sekolah bahasa lawatan sekolah dan. program pertukaran pengalaman pelancong boleh menjadi sekunder dalam aspek pendidikan dan boleh. dianggap education first sebagai pengalaman atau produk pelancongan pendidikan. Dalam kedua dua kes ini pelancongan dan pendidikan atau pembelajaran mungkin motif. primer atau sekunder namun kedua dua kumpulan ini boleh dianggap sebagai pelancong dan. mempunyai kesan yang berkaitan dengan pelancongan dan keperluan yang berbeza Beberapa kesan. atau peluang mungkin tidak sepenuhnya direalisasi atau dimanfaatkan oleh industri pelancongan. sebagai segmen yang tidak mungkin menganggap diri mereka layak sebagai pelancong dan industri itu. sendiri mungkin juga tidak melihatnya sebagai pasaran pelancongan Hal ini telah dibahas oleh. beberapa penulis sebelum ini Bywater 1993 Cooper 1999 Ritchie Priddle 2000 Seekings 1998. Walaupun terdapat perbezaan yang jelas antara segmen pelbagai potensi pelancongan pendidikan. beberapa parameter mengenai sifat pelancongan pendidikan dapat dikenal pasti dalam RAJAH 4 Rajah. ini merekodkan bahawa pengalaman pelancongan pendidikan dapat dibezakan kerana jangka waktu. tujuan pelancongan motivasi persiapan tahap formaliti dan pelbagai tatacara Sebagai contoh suatu. pengalaman pelancongan pendidikan boleh terdiri daripada lawatan 30 minit ke muzium atau tiga tahun. ijazah yang dilakukan di luar negeri Demikian pula tujuan dan motivasi pelancong mungkin berbeza. misalnya bercuti untuk tujuan pendidikan dan bercuti dengan perjalanan yang mempunyai daya tarikan. pendidikan, Motivasi dan tujuan boleh menentukan tahap persiapan percutian pendidikan Persiapan yang. lebih rapi diperlukan dalam pelancongan berbentuk pendidikan dan persiapan yang terhad untuk. lawatan yang boleh ditetapkan oleh pemandu pelancong Aspek persiapan ini secara langsung berkaitan. kemampuan industri pendidikan dan pelancongan dalam menyokong program pertukaran pelajar kemahiran lawatan sambil belajar dan sebagainya

Related Books