Dasar Gaji Minimum Implikasi Terhadap Pertumbuhan Ekonomi

Dasar Gaji Minimum Implikasi Terhadap Pertumbuhan Ekonomi-PDF Download

  • Date:04 May 2020
  • Views:33
  • Downloads:0
  • Pages:14
  • Size:438.27 KB

Share Pdf : Dasar Gaji Minimum Implikasi Terhadap Pertumbuhan Ekonomi

Download and Preview : Dasar Gaji Minimum Implikasi Terhadap Pertumbuhan Ekonomi


Report CopyRight/DMCA Form For : Dasar Gaji Minimum Implikasi Terhadap Pertumbuhan Ekonomi


Transcription:

sahaja diterima pakai di negara negara maju malahan ia turut dilaksanakan di negara. negara dunia ketiga seperti Korea Selatan dan Sri Lanka. Selain itu dasar gaji minimum sebenarnya adalah satu alat untuk membasmi. kemiskinan yang sama sifatnya dengan kawalan harga di mana ia tidak membezakan. yang miskin sederhana atau kaya Harga barang barang keperluan yang dikawal oleh. kerajaan boleh dinikmati oleh semua orang tanpa mengira status pendapatan dan harta. Begitu juga dengan gaji minimum bukan sahaja orang miskin boleh bekerja pada gaji. minima malah orang kaya dan kelas pertengahan juga boleh mendapat pekerjaan gaji. minimum sekiranya mereka mahu Sebagai contoh paling berleluasa diseluruh dunia. remaja dari keluarga sederhana dan kaya bekerja ketika cuti sekolah dan menerima gaji. minimum Apabila sesuatu polisi bersifat tidak mendiskriminasikan ia boleh dikatakan. satu polisi yang tumpul Faedahnya bukan sahaja dinikmati oleh orang miskin tetapi. juga melimpah kepada golongan yang tidak miskin Undang undang gaji minimum. boleh dianggap sebagai satu polisi one size fits all Williams 2009. Pada masa kini Malaysia merupakan antara negara Asean yang pesat membangun. dan menuju kepada status negara maju menjelang tahun 2020 dan seterusnya menjadi. sebuah negara yang berpendapatan tinggi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun. Abdul Razak mendedahkan butir butir dasar gaji minimum pada 30 April 2012 berkata. ia melengkapkan Dasar Transformasi Nasional yang bertujuan untuk memacu Malaysia. ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dengan perintah gaji minimum. adalah digunakan kepada semua majikan yang mempuyai lima pekerja dan ke atas di. Malaysia termasuk pekerja asing dengan tarikh kuatkuasa bermula 01 Januari 2013. Menurut Majlis Perundingan Gaji Negara 2012 kerajaan menetapkan gaji minimum. sebanyak RM 900 sebulan untuk Semenanjung Malaysia dan RM 800 sebulan untuk. Sabah Sarawak dan Wilayah Labuan Hal ini akan memberi manfaat kepada 3 2 juta. pekerja swasta 25 8 daripada jumlah guna tenaga selain daripada yang dalam. perkhidmatan domestik Gaji minimum akan berkuat kuasa enam bulan dari tarikh. Perintah Gaji Minimum diwartakan, Lee Heng Guie 2011 menyatakan gaji minimum RM 900 adalah 49 9 daripada. gaji kebangsaan minimum RM 1804 43 pada tahun 2010 Dalam menetapkan gaji. minimum kerajaan mengambil kira pertimbangkan soal sosial dan ekonomi. pendapatan kasar bulanan isi rumah kos hidup penglibatan guna tenaga pekerjaan Di. Malaysia hampir 33 8 daripada kira kira 1 3 juta pekerja swasta masih. berpendapatan kurang daripada RM 700 sebulan pada tahun 2009 jauh di bawah RM. 800 sebulan yang dianggap garis kemiskinan Upah telah ketinggalan pertumbuhan. produktiviti meningkat 2 6 setahun berbanding pertumbuhan produktiviti sebanyak. 6 7 sepanjang dekad yang lalu Kadar gaji minimum akan memberi kesan yang lebih. besar terutama di Sabah RM 800 gaji minimum berbanding gaji semasa sebanyak RM. 577 diikuti oleh Sarawak RM 800 gaji minimum berbanding gaji semasa sebanyak. RM 758 Bagi Semenanjung Malaysia kadar gaji minimum yang baru sebanyak RM. 900 adalah 20 4 di bawah purata gaji semasa RM 1131 Boleh dikatakan gaji yang. lebih tinggi akan memberi kesan yang positif bersih terhadap ekonomi seperti mana. mana kerugian kecil potensi pekerjaan yang lebih dilindungi oleh kesan berganda. kerana ia meletakkan lebih banyak wang ditangan pekerja dengan itu pembelian. barangan dan perkhidmatan walaupun dengan beberapa kesan inflasi Terdapat bukti. empirikal yang mengukuhkan bahawa negara negara yang melaksanakan dasar gaji. minimum cenderung untuk melihat kesan positif dan negatif terhadap pekerjaan di. kalangan pekerja yang dilindungi oleh undang undang gaji minimum dan. perkembangan pertumbuhan ekonomi dalam sesebuah negara Dalam kertas kajian ini. akan melihat fenomena dasar gaji minimum memberi implikasi sama ada positif atau. negatif terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan sejauh mana dasar gaji. minimum memberi implikasi terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia pada masa kini. berdasarkan kriteria kriteria atau beberapa indikator yang boleh digunakan untuk. penetapan dasar gaji minimum bagi mengukuhkan kajian ini. Jadual 1 Gaji Minimum untuk Semenanjung Sabah dan Sarawak RM bulanan. Negeri Gaji Purata gaji Purata gaji Pendapatan,minimum semasa tahun 2010 garis. kemiskinan,tahun 2009,Semenanjung 900 00 1131 00 1739 16 763 00. Sabah 800 00 577 00 1565 93 1048 00,Sarawak 800 00 758 00 1630 48 912 00. Sumber Kementerian Sumber Manusia,2 Kajian Lepas, Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ralph Smith dan Bruce Vavrichek 1986 telah.
membuat kajian di Amerika Syarikat menyatakan bahawa pekerja yang menerima gaji. minimum ini memberi impak terhadap kuasa beli pengguna terhadap barangan dan. perkhidmatan seterusnya cenderung menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. dalam sesebuah negara Pada tahun 1986 The Congres of the United States. Congressional Budget Office mengeluarkan laporan bahawa 4 dari setiap 5 orang. pekerja menerima gaji minimum sebenarnya bukan terdiri daripada hasil golongan. orang miskin tetapi diterima juga oleh golongan yang sederhana dan kaya dan hasil. penerimaan gaji akan dibelanjakan terhadap barangan dan perkhidmatan meningkat. Walaupun kuasa beli pengguna terhadap sesuatu barangan dan perkhdimatan menjadi. ukuran kepada keupayaan pertumbuhan ekonomi negara terdapat teori yang menolak. hujah tersebut yang menyatakan kuasa beli pengguna merupakan satu signal dan. bukanlah ukuran kepada pertumbuhan ekonomi Walaupun hanya sebagai signal sahaja. ia mempunyai hubungan positif antara corak perbelanjaan isi rumah dengan. pertumbuhan ekonomi telah banyak dibuktikan, Bancian yang dilakukan oleh Sara Lemos dari University of Leicester 2008 ke. atas hampir 30 kertas kajian mengenai hubungan gaji minimum dan indeks harga. pengguna terhadap pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat menyimpulkan. kenaikan 10 kadar gaji minimum akan meningkatkan harga makanan sebanyak 4. manakala kadar inflasi keseluruhannya tidak lebih dari 0 4 Penemuan ini. menunjukkan sekurang kurangnya di Amerika Syarikat menyimpulkan kenaikan 10. kadar gaji minimum akan meningkatkan harga makanan sebanyak 4 manakala kadar. inflasi keseluruhannya tidak lebih dari 0 4 Penemuan ini menunjukkan sekurang. kurangnya di Amerika Syarikat kenaikan gaji minimum memberi kesan terhadap. indeks harga pengguna dan pertumbuhan ekonomi Kajian ini juga diakui oleh Lee. 2012 dan Thiagarajah 2000 menyatakan gaji minimum akan meningkatkan kuasa. beli pengguna seterusnya memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi. Berdasarkan teori neoklasik terhadap penyertaan guna tenaga dan bekalan tenaga. buruh mahir sentiasa mencukupi supaya daya pengeluaran negara sentiasa meningkat. Oleh itu peningkatan keluaran negara akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi. dalam sesebuah negara Selain itu ada yang menyatakan dengan kenaikan gaji. minimum akan membolehkan lebih ramai individu mendapat pekerjaan Dalam erti. kata yang lain kenaikan gaji minimum boleh mengurangkan pengangguran. David Card dan Alan B Krueger merupakan nama terkenal dalam kalangan. penyokong gaji minimum Pada tahun 1993 mereka menghasilkan kajian impak gaji. minimum ke atas pekerja industri makanan segera Mereka menemui bahawa kenaikan. gaji minimum telah meningkatkan jumlah pekerja di restoran restoran makanan segera. Card dan Krueger 1994 menyimpulkan kenaikan gaji minimum boleh mengurangkan. kadar pengangguran seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi Penemuan ini. sangat popular malahan Presiden Clinton menggunakannya untuk mencadangkan. kenaikan gaji minimum di Kongres Namun hasil kajian mereka dipersoalkan oleh ahli. ekonomi yang lain Akhirnya Card dan Krueger mengubahkan kesimpulan asal bahawa. gaji minimum mengurangkan kadar pengangguran kepada pertumbuhan ekonomi. kepada kesimpulan baru iaitu gaji minimum memberi kesan sedikit kepada. pengangguran,3 Metodologi, Menurut Mouly 1970 dan Mohamad Ibrahim 1995 metodologi kajian turut. digunakan untuk mengupas tentang kaedah yang digunakan dalam permakatan kesahan. dan kebolehpercayaan tatacara kajian kajian rintis limitasi kajian dan penganalisian. data statistik Pengumpulan data sangat penting dalam penyelidikan kerana. penyelesaian masalah menjadi tidak lengkap tanpa disokong dari data Oleh. itu pemilihan metodologi kajian adalah penting untuk memastikan kesahihan dan boleh. dipercayai dalam sesuatu kajian,3 1 Reka Bentuk Kajian. Dalam kajian ini kaedah yang dipilih adalah kaedah berbentuk pemerhatian di mana. kajian ini mnggunakan kaedah pemerhatian secara statistik mengikut tahun bagi. mendapatkan maklumat secara tepat dan data ini dikenali sebagai data siri masa Data. siri masa yang diperolehi boleh menerusi data Makroekonomi Penyusunan data siri. masa ini melalui satu tempoh masa tertentu dan kekerapan sesuatu data boleh berbentuk. sama ada dalam tahunan sukuan bulanan mingguan atau harian Kajian ini adalah untuk. mengkaji sejauh mana dasar gaji minimum memberi implikasi terhadap pertumbuhan. ekonomi Malaysia merujuk kepada kekerapan data berbentuk tahunan iaitu bermula. tahun 1990 sehingga tahun 2012 Tambahan pula reka bentuk kajian ini amat sesuai. digunakan untuk kajian ini Antara kriteria kriteria yang digunakan dalam mengukur. dasar gaji minimum adalah seperti indeks harga pengguna dengan menggunakan. pendekatan inflasi melihat perubahan kos sara hidup di Malaysia kadar penyertaan. guna tenaga menyelaraskan peningkatan gaji dengan penyertaan guna tenaga dan. kadar pengangguran bagi memastikan kenaikan gaji tidak menjejaskan keupayaan. pasaran untuk mewujudkan dan mengekalkan peluang pekerjaan Secara. keseluruhannya pemilihan kaedah pemerhatian amat diperlukan kerana maklumat yang. boleh diperolehi dengan cepat dan selain itu ia mampu menjimatkan masa dan kos. 3 2 Kaedah Pengumpulan Data, Kaedah pengumpulan data merupakan salah satu sumber yang digunakan oleh pengkaji. untuk mendapatkan data data dalam proses kajian Kaedah pengumpulan data dapat. menyediakan maklumat yang sesuai tepat dan boleh dipercayai Oleh itu terdapat dua. kaedah pengumpulan data iaitu data primer dan data sekunder Dalam kajian ini. menggunakan data sekunder data sekunder ini digunakan bagi membantu pengkaji. untuk lebih memahami dengan lebih lanjut tentang kajian disamping ia juga sebagai. bahan sokongan kepada kajian yang dilakukan Untuk menganalisis empirikal model. ini data ini diperolehi daripada Index Mundi National Master The Global Economy. Data Trading Economics World Bank Data Jabatan Perangkaan Negara dan Unit. Perancangan Ekonomi Negara dari tahun 1990 sehingga tahun 2012. 3 3 Kaedah Penganalisisan Data, Dalam kaedah penganalisisan data kajian ini menggunakan data program perisian.
EViews 7 Econometric Views adalah program yang banyak digunakan dalam bidang. pendidikan pentadbiran dan perindustrian EViews merupakan versi baru dari statistical. package untuk memanipulasi data siri masa Selain itu EViews juga merupakan. windows user friendly di mana sebahagian besar perusahaan operasi dapat dilakukan. dengan menu drop down Antara kegunaan lain EViews adalah seperti menganalisis. data dan evolusinya analisis kewangan peramalan ekonomi makro simulasi dan. peramalan penjualan serta analisis pembiayaan Berdasarkan kajian yang dilakukan. jelas menunjukkan bahawa program perisian EViews ini digunakan bagi tujuan analisa. minimum dan peratusan data,3 4 Pembentukan Model dan Regresi. Bagi menganggar untuk mengkaji sejauh mana dasar gaji minimum memberi implikasi. terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia kajian ini akan dilanjutkan dengan. menggunakan pendekatan regresi dengan kaedah Ordinary Least Square OLS bagi. menganggarkan indikator indikator yang dipilih untuk mengukuhkan kajian ini. Sekiranya fungsi yang dianggarkan adalah berbentuk log maka koefisien yang. dihasilkan merupakan nilai keanjalan pembolehubah berkenaan Seterusnya untuk. mengira sejauh mana dasar gaji minimum memberi implikasi terhadap pertumbuhan. ekonomi Malaysia maka nilai ini berdasarkan dengan indikator indikator yang. digunakan bagi tujuan kajian berkenaan Oleh itu pendekatan regresi akan digunakan. untuk menganalisis sejauh mana dasar gaji minimum memberi implikasi terhadap. petumbuhan ekonomi Malaysia Satu persamaan model telah dibentuk bagi. menerangkan hubungan atau kaitan antara pembolehubah bersandar dengan. pembolehubah bebas Kajian empirikal telah dijalankan bagi mengukur dasar gaji. minimum memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia Justeru itu satu. persamaan regresi telah dibentuk seperti berikut,GDP CPI LFPR UER 1. GDP Pertumbuhan ekonomi Malaysia, CPI Indeks harga pengguna mengikut pendekatan inflasi. LFPR Kadar penyertaan tenaga buruh,UER Kadar pengangguran. Memandangkan kajian ini adalah melihat sejauh mana dasar gaji minimum memberi. kesan terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia maka fungsi log lebih sesuai. digunakan Setiap pembolehubah bebas akan ditransformasikan ke dalam bentuk. logaritma log supaya pembezaan pertama ditukarkan kepada bentuk log linear seperti. GDP 0 1 ln Cpi 2 ln Lfpr 3 ln Uer t 2, Dalam persamaan di atas 0 adalah pemalar yang merupakan koefiesien pintasan 1.
adalah parameter setiap pembolehubah bebas yang mengukur perubahan ke atas. pembolehubah bersandar akibat daripada perubahan pembolehubah bebas sebanyak 1. unit dengan andaian faktor faktor lain tidak berubah dan t merupakan ralat atau. Dasar Gaji Minimum Implikasi Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Noor Syakilah Binti Shafiee Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor Darul Ehsan Malaysia Email syashafiee yahoo com Abstrak Dalam era globalisasi dan menuju status negara maju dasar gaji minimum menjadi isu hangat dibincangkan pada masa kini Hal ini kerana Malaysia merupakan

Related Books